Kedinamikan Budaya & Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
- Regular price
- RM 47.00
- Sale price
- RM 47.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kedinamikan Budaya & Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
Author: Siti Nor Awang & Zurina Mohd Razi
Publisher: USM Press
ISBN: 9786294600195
Weight: 522 gm
Pages: 299 pp
Year: 2026
Price: RM47
Buku Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia ini merupakan kompilasi penyelidikan pakar dalam bidang sains sosial dari beberapa universiti awam dan swasta di Malaysia. Gabungan kepakaran penyelidik telah memberi sinergi kepada korpus ilmu, khususnya dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam melakarkan kedinamikan masyarakat multietnik dan budaya di negara ini.
Buku ini dibahagikan kepada empat tema utama, iaitu pembangunan dan ekonomi, perubatan tradisional dan komplimentari, hubungan etnik dan identiti, dan wanita dan pembangunan. Dalam meniti arus pembangunan, kumpulan minoriti seperti Orang Asli, masyarakat Siam, Orang Kemboja, dan peribumi Sabah dan Sarawak berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Masyarakat minoriti ini beradaptasi dengan kemajuan dan pembangunan bagi memastikan budaya mereka terus kekal selari dengan arus pemodenan. Masyarakat Melayu, Cina dan India juga tidak terlepas berhadapan dengan cabaran dalam konteks hubungan sosial antara kaum.
Isu-isu yang dibincangkan seperti etnofolisme dan interaksi soisal merupakan elemen penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Sikap saling menghormati dan memahami budaya setiap kaum penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Buku ini sesuai dibaca oleh ahli akademik, pelajar, pembuat dasar dan pihak berkepentingan berkaitan dengan kumpulan minoriti, budaya dan hubungan antara etnik. Selain menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan, buku ini akan menawarkan kepada pembaca satu pengalaman dan kefahaman pelbagai budaya dan etnik di Malaysia.