• 99688457
  • 99688458
  • 99685135
  • 99685136
  • 99682040
  • 99682041
  • 99679289
  • 99679290
  • 99676523
  • 99676524
  • 99688457
  • 99688458
  • 99685135
  • 99685136
  • 99682040
  • 99682041
  • 99679289
  • 99679290
  • 99676523
  • 99676524
1

?Gurchan Singh: Singa Malaya

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Gurchan Singh: Singa Malaya

Translator: Iskandar Syah ismail
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9789670040127
Weight: 368 gm
Pages: 368 pp
Year: 2025
Price: RM45

Tiada siapa tahu bahawa Gurchan Singh ialah dalang utama disebalik penyebaran risalah yang menyebar propaganda menentang penjajahan Jepun. Tiada siapa tahu bahawa aktiviti sabotaj yang telah melumpuhkan sistem pengangkutan utama Jepun pada ketika itu kereta api adalah angkara seorang pemuda bernama Gurchan Singh bersama dengan teman-temannya. Tiada siapa tahu bahawa beliaulah 'SINGA MALAYA'.

Gurchan Singh adalah seorang detektif Polis yang hidup pada suatu zaman sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tepatnya sewaktu Tanah Melayu dijajah Jepun. Autobiografi ini memaparkan juzuk-juzuk penting kehidupan beliau, keluarga, dan teman-temannya yang setia dalam usaha menentang Jepun dengan menggunakan kebijaksanaan sebagai seorang perisik.

Gurchan tahu kekangan semasa yang memerlukannya untuk berpihak sama ada Jepun atau British. Lalu, beliau memilih untuk kekal berpihak kepada British. la suatu keputusan yang amat berani dan menongkah arus. Bukan sedikit teman-teman beliau yang berpaling tadah dan menyebelahi pihak Jepun sehingga masyarakat Tanah Melayu sengsara selama penjajahan Jepun.

Gurchan juga membayar dengan harga yang mahal sehingga beliau dan ahli-ahli keluarga terdekatnya terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan dan beliau sendiri menjadi pelarian sehingga ke bumi Siam. Beliau seorang pemuda yang bijak dan berani.

Gurchan Singh, dalam hayatnya, pernah menjadi pengawal peribadi Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) dan akhirnya beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan sewaktu melaksanakan tugas rasmi kepada Tunku Abdul Rahman di Johor pada tahun 1965.

Cabaran dan pengorbanan yang Gurchan dan teman-temannya lalui scharusnya dilihat sebagai salah satu sumbangan penting usaha warga Tanah Melayu menentang penjajahan Jepun.