Perang Kucing
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Perang Kucing
Author: Bahruddin Bekri
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9789670040899
Weight: 230 gm
Pages: 223 pp
Year: 2024
Price: RM35
Novel Perang Kucing bermula dengan watak utama Faris, seorang pelajar tingkatan tiga yang mula membela seekor kucing jalanan yang digelar Putih. Walaupun ditegah oleh bapanya, Faris merasakan dia perlu menjaga kucing tersebut kerana ianya bunting dan bakal melahirkan anak kucing dalam masa terdekat. Agak menghairankan apabila tiba-tiba muncul sekumpulan kucing hitam sering memerhatikan rumah Faris semenjak kehadiran Putih.
Setelah beberapa lama, Putih telah melahirkan beberapa ekor anak kucing. Kejadian menjadi semakin menghairankan apabila dua orang lelaki Arab datang ke rumahnya dengan niat untuk membeli salah seekor anak kucing itu dengan harga yang mahal. Bapa Faris terus bersetuju dengan tawaran itu dan Faris hanya mampu berdiam diri walaupun tidak berminat dengan tawaran lelaki Arab tersebut. Tanpa diduga, lelaki Arab tersebut memasukkan sebutir permata biru ke dalam dada anak kucing tersebut. Keajaiban berlaku, Putih tiba-tiba hangus menjadi asap dan muncul pula sekumpulan kucing hitam di dalam rumahnya.