Gas Adi: Hala Tuju Enjin Pembakaran Hidrogen
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Gas Adi: Hala Tuju Enjin Pembakaran Hidrogen
Author: Norhidayah Mat Taib, Mohd Radzi Abu Mansor & Wan Mohd Faizal Wan Mahmood
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861695
Weight: 303 gm
Pages: 198 pp
Year: 2024
Price: RM40
Gas adi merupakan gas dari sumber nadir bumi yang bernilai. Sumber ini dikenali sebagai unsur sempuma dalam kumpulan 18. Unsur sempurna ini tidak bertindak balas dengan unsur lain menggantikan nitrogen dalam udara sebagai pemangkin era baharu enjin pembakaran dan menyingkirkan emisi NOx dalam pembakaran hidrogen. Pembakaran hidrogen dalam enjin diesel menjanjikan keluaran kuasa yang tinggi dan emisi yang bersih. Namun, suhu auto cucuhan hidrogen yang tinggi tidak dapat dicapai dengan kuasa mampatan udara. Gas adi berperanan untuk meningkatkan suhu mampatan kerana mempunyai nisbah haba tentu yang tinggi. Buku ini ditulis untuk mengenalpasti potensi semua unsur, menentukan suhu kemasukan dan nisbah mampatan (CR) minimum, dan mencadangkan gas yang sesuai untuk kestabilan pembakaran. Kualiti pencucuhan dan kecekapan pembakaran hidrogen berkurang dengan peningkatan jisim molekul gas adi. Pada suhu kemasukan dan CR yang rendah, pembakaran hidrogen yang paling stabil hanya berlaku dalam persekitaran gas yang ringan. Namun, suhu pembakaran yang tinggi meningkatkan fluks haba pada dinding silinder. Fenomena ledakan semasa pembakaran turut berlaku pada suhu kemasukan yang terlalu rendah malah menyebabkan kehilangan haba yang tinggi. Gas helium, neon dan argon merupakan gas adi yang paling sesuai dalam aplikasi pembakaran hidrogen. Pada masa hadapan, kebolehan gas dan pengoptimuman parameter yang sesuai perlu diteroka.