?Sosiolinguistik: Dinamik, Variasi Dan Perubahan
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sosiolinguistik: Dinamik, Variasi Dan Perubahan
Author: Che Ibrahim Salleh, Norazlina Mohd Kiram, Arbak Othman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834936693
Weight: 557g
Pages: 481pp
Year: 2023
Price: RM70
Buku ini menyajikan tiga fokus utama, iaitu dinamik (mampu membuat penyesuaian untuk pembaharuan dan kemajuan), variasi (kelainan), dan perubahan (keadaan yang berbeza daripada sebelumnya), berdasarkan hubungan bahasa dengan struktur dan sikap masyarakat, yang menjadi inti pati penting sosiolinguistik. Ketiga-tiga fokus ini diketengahkan dalam pelbagai tajuk, yang merangkumi skop asas sosiolinguistik, bahasa dan peranan sosial, dialek dan kelainan bahasa, pijin dan kreol, kod linguistik, komuniti, variasi dan perubahan bahasa. Turut diketengahkan secara tuntas ialah perihal bahasa, masyarakat dan budaya, bahasa dan situasi sosial, pertembungan bahasa, perpaduan dan kesopanan, etnografi percakapan dan interaksi sosial, bahasa dan kuasa, dan perancangan bahasa. Skop yang dibincangkan ini dapat mengukuhkan pemahaman pembaca terhadap ilmu sosiolinguistik, dan keperluan untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Buku ini juga dilengkapi dengan contoh daripada pelbagai etnik dan negara, serta merentas zaman, sesuai dengan tuntutan kurikulum yang luwes dan fleksibel. Pengetahuan tentang perkara tersebut adalah penting diketahui oleh golongan siswa, terutamanya siswa program kebahasaan untuk memenuhi syarat program pengajian. Elemen yang diketengahkan juga memberikan sumbangan terhadap keilmuan, kemanusiaan dan perkembangan peradaban. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada pembaca untuk meningkatkan kecekapan komunikasi, sekali gus menyerlahkan peribadi bangsa.