• 99688305
  • 99688306
  • 99684995
  • 99684996
  • 99681893
  • 99681894
  • 99679138
  • 99679139
  • 99676363
  • 99676364
  • 99688305
  • 99688306
  • 99684995
  • 99684996
  • 99681893
  • 99681894
  • 99679138
  • 99679139
  • 99676363
  • 99676364
1

Migrasi Global Dan Pekerja Asing Di Malaysia

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Migrasi Global Dan Pekerja Asing Di Malaysia

Author: Noorasiah Sulaiman, Mukaramah Harun & Lai Wei Sieng
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516712
Weight: 0.24 kg
Pages: 157 pp
Year: 2022
Price: RM35

Dalam era globalisasi dan revolusi perindustrian, migrasi antarabangsa menjadi salali satu fenomena yang kian meningkat dan berlaku di negara maju mahupun di negara membiangun. Migrasi buruh di negara membangun, terutama negara ASEAN merangkumi satu per tiga daripada keseluruhan migrasi buruh antarabangsa. Migrasi buruh adalah suatu proses yang kompleks disebabkan pelbagai faktor penentu meliputi faktor tolakan dan faktor tarikan yang mempengaruhi individu membuat keputusan untuk bermigrasi. Keputusan tersebut turut mempengaruhi jenis dan jangka masa migrasi. Tambahan pula, elemen mobiliti yang disokong oleh kemudahan sistem pengangkutan dan telekomunikasi mampu menjimatkan masa dan kos kepada individu untuk bermigrasi. Di samping itu, wujud keperluan tenaga kerja asing yang semakin meningkat, sejajar dengan peningkatan permintaan daripada majikan, khususnya di Malaysia dan negara ASEAN.

Walau bagaimanapun, penawaran dan permintaan terhadap tenaga kerja asing yang berterusan telah menimbulkan masalah pergantungan dan isu lambakan, khususnya tenaga kerja berkemahiran rendah. Di peringkat awal, penulisan buku ini tertumpu kepada konsep, struktur, corak dan teori migrasi bagi memahami fenomena migrasi global secara lebih terperinci. Selanjutnya ialah isu berkaitan dengan migrasi antarabangsa, laitu emigrasi, disapora migrasi dan brain drain yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan sosial. Dasar migrasi negara anggota ASEAN turut dibincangkan bagi mengenal pasti mekanisme perundangan untuk dikuatkuasakan dalam rantau ASEAN, diikuti dengan perbincangan mengenai pekerja migran dalam kalangan negara ASEAN. Seterusnya, penulisan buku ini fokus kepada pekerja asing di Malaysia dan diakhiri dengan impak penglibatan pekerja asing dalam sektor-sektor utama ekonomi negara. Secara keseluruhannya, buku ini dapat memberi gambaran menyeluruh mengenal migrasi buruh yang melibatkan migrasi antarabangsa dan penglibatan pekerja asing di negara ASEAN amnya dan di Malaysia khususnya.