Kelangsungan Dakwah Dan Pemerkasaan Islam Di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kelangsungan Dakwah Dan Pemerkasaan Islam Di Malaysia
Authors: Prof Madya Dr. Abd Karim Ali, Prof Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Publisher: Persatuan Ulama Malaysia
ISBN: 9789832306245
Tahun: 2016
Weight: 500 gm
Pages: m/s
Price: RM30
ISLAM merupakan agama dakwah yang mnenyeru manusia untuk mengabdikan diri sepenuhnya terhadap Allah SWT. Dakwah merupakan tugas asasi bagi menyelamatkan umat manusia dari kesesatan dan penyelewangan kepada petunjuk dan kebahagiaan.
Justeru, mengambil kira semangat dan ruh kepada pengertian dakwah yang telah dibahaskan secara panjang lebar oleh para ulama dan ilmuwan Islam sepanjang zaman, tidak dapat tidak dakwah yang dirangkaikan dengan Islam itu sendiri adalah merupakan satu usaha dan proses untuk melahirkan kewujudan Islam dalam realiti kehidupan yang dapat dirasai, berkesan serta bermanfaat.
Apatah lagi, dakwah meliputi semua persoalan hidup dan kehidupan manusia. Dakwah Islam wajar diterapkan ke dalam masyarakat melalui pelbagai pendekatan merangkumi bidang pendidikan,ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Dakwah harus merarngkumi amal buat yang mampu menyuruh berbuat kebaikan (al-Amru bil Ma'ruf) dan mencegah dari berbuat kejahatan (Wa-Nahyu 'an al-Munkar)
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sekali lagi mengambil inisiatif menerbitkan koleksi kertas kerja hasil Seminar Kebangsaan Kelangsungan Dakwah dan Pemerkasaan Islam di Malaysia. Mudah-mudahan input dari seminar ini akan dapat dijadikan ukuran untuk menilai darn menambah-baik usaha-usaha, pendekatan, isu-isu dan cabaran berkaitan dakwah dan pemerkasaan Islam di Malaysia.