Statistik Untuk Sains Psikologi dan Sosial
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Statistik Untuk Sains Psikologi dan Sosial
Author: Yahaya Mahamood
Publisher: UUM Press
ISBN: 9786297582665
Tahun: 2024
Weight: 564 gm
Pages: 238 m/s
Price: RM35
Buku teks Statistik untuk Sains Psikologi dan Sosial ini merupakan satu usaha kecil-kecilan saya untuk membantu pelajar bidang psikologi dan mungkin pelajar sains sosial yang lain juga untuk memahami kaedah analisis data kuantitatif. Dalam buku ini, terdapat 10 bab yang pada asasnya membicarakan kaedah untuk melihat hubungan dan perbezaan pemboleh ubah sampel yang dipilih untuk dianalisis. Dalam semua bab itu terdapat formula yang agak susah untuk difahami tetapi telah dipermudahkan dengan tidak menyertakan sepenuhnya karakternya. Ketiadaan tersebut dirasai boleh mengelak kesukaran pelajar untuk memahaminya.
Walau bagaimanapun, penjelasan yang terperinci dikemukakan untuk memudahkan pelajar melihatnya. Dalam sebahagian besar bab yang dikemukakan itu diperturunkan beberapa langkah untuk memudahkan pelajar melihat cara proses pengiraan dilakukan dan dilampirkan bersama langkah-langkah dalam membina dan menolak hipotesis yang dinyatakan. Untuk memantapkan pemahaman ini langkah pengujian hipotesis misalnya diulang-ulang bagi setiap kaedah yang dimasukkan dalam buku teks ini. Oleh sebab penggunaan pakej komputer yang sudah menjadi lumrah dalam menganalisis data yang biasanya begitu banyak, maka interpretasi output SPSS diperjelaskan bagi hampir semua kaedah inferensi yang dibicarakan.