• 99688106
  • 99688107
  • 99684791
  • 99684792
  • 99681685
  • 99681686
  • 99678921
  • 99678922
  • 99688106
  • 99688107
  • 99684791
  • 99684792
  • 99681685
  • 99681686
  • 99678921
  • 99678922
1

Harga Sebuah Kemaafan

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Harga Sebuah Kemaafan

Author: Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Publisher: Megamind Leadership Consultant
ISBN: 9789671450611 
Weight: 0.3 kg
Pages: 184 pp
Year: 2017
Price: RM25

Sememangnya perit untuk menerima sebuah kepalsuan yang dipaksakan ke atas diri, dan diri yang menanggungnya seperti memegang bara api, memikul bebanan yang berat. Apatah lagi insan tidak berdosa ini ditohmah dan dicaci dengan pelbagai kata nista yang tidak mampu didengari dan dilihat bertahun-tahun lamanya. Lebih berat jika yang bertindak memulaunya atau memboikotnya adalah kenalan rapat, adik-beradik, saudara-mara, serta sahabat handai yang selama ini dekat dengan diri.

Namun semua kepahitan itu bertukar menjadi sebuah kemanisan andai penanggungnya mampu memberikan kemaafan kepada mereka yang menzaliminya. Sakit yang ditanggung ibarat sembuh secara tiba-tiba apabila mereka yang menanggungnya dengan berjiwa besar memaafkan semua kesalahan orang terhadap dirinya. Besarnya nilai kemaafan sehingga diberi kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT di hari akhirat.

Jarang-jarang ada manusia, apatah lagi yang mempunyai kedudukan yang besar dan tinggi merendahkan diri kepada insan lain yang lebih rendah darjatnya memohon kemaafan. Sebuah kemaafan dipohon dengan hati dan jiwa yang ikhlas kerana memelihara tuntutan ukhuwah sesama mukmin, dan bukan kerana dibuat pada musim-musim tertentu semata-mata. Alangkah indah dan hebatnya orang mukmin yang hidup saling berkasih sayang dan maaf memaafi antara satu sama lain.

Kemaafan adalah jawapan kepada persoalan polemik, konflik dan krisis yang berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kemaafan juga adalah penyelesaian terhadap segala jalan perdamaian yang menemui jalan buntu. Kemaafan juga adalah rahsia kehebatan, keunggulan dan kemuliaan umat Islam. Pastinya, kesemua ini tersimpan di dalam khazanah paling bernilai, iaitu dengan mencontohi akhlak Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita benar-benar menghayati akhlak serta sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan.