Asas Falsafah Negara Bangsa Malaysia Sejahtera
- Regular price
- RM 180.00
- Sale price
- RM 180.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Asas Falsafah Negara Bangsa Malaysia Sejahtera
Author: Jamiah Manap, Arena Che Kasim & Mohammad Rezal Hamzah
Publisher: UNIMAP Press
ISBN: 9789675473586
Weight: 0.7 kg
Pages: 359 pp
Year: 2023
Price: RM180
Buku ini menghuraikan falsafah negara bangsa yang membina kenegaraan dan membahaskan hubungan etnik di Malaysia. Faham kenegaraan dan kesihatan hubungan etnik dalam sebuah masyarakat yang berbilang agama, kepercayaaan dan kumpulan etnik tidak boleh dipandang remeh. Tanpa kefahaman jelas bagaimana negara bangsa Malaysia pada hari ini berevolusi, sudah pasti generasi semasa tidak mampu menghargai jati diri dan nilai kebersamaan yang sekian lama terpelihara.
Konsep negara bangsa Malaysia yang sejahtera seperti dikemukakan dalam buku ini berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mendasari jati diri, nilai moral, nilai sejahtera dan kesejahteraan bangsa Malaysia. Tanpa jati diri bangsa yang diterjemahkan dalam Rukun Negara pastinya melepakan jurang perbezaan yang lebih besar akhirnya berisiko mengundang anarki. Frasa "di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung" perlu disemat kukuh dalam pemikiran dan menjadi iltizam setiap warganegara. Sebagai anak Malaysia, bahasa Melayu merupakan wadah pengikat kebersamaan yang melahirkan semangat cintakan watan dalam kepelbagaian yang ada.
Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain