• 99696525
  • 99696526
  • 99696525
  • 99696526
1

Islam dan Governan di Malaysia

Regular price
RM 68.00
Sale price
RM 68.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Islam dan Governan di Malaysia

Editor: Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy, Mohd Izani Mohd Zain & Makmor Tumin
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882174
Weight: 0.462kg
Year: 2022
Page: 292
Price: RM68

Penekanan governan berasaskan pendekatan secara tindakan dan sistem (action and system-based approach) semata-mata tidak menjamin kelestarian dalam governan. Buku ini telah berjaya menghimpunkan pelbagai aspek perbincangan yang padat tentang Islam dan governan di Malaysia. 13 bab termasuk pendahuluan dan penutup, daripada perbincangan konsep hingga ke praktis telah dimuatkan dalam buku ini. Konsep governan Islam, model governan Islam, nilai yang membentuk governan baik, governan hal ehwal Islam seperti Halal, Masjid, Pendidikan KAFA hinggalah kepada penguatkuasaan, penyelesaian kepada isu ketirisan, cabaran dan impak Pandemik COVID-19 terhadap governan di Malaysia. Ia bukan sekadar dihuraikan secara normatif tetapi juga secara empirikal. 

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dunia digital dan krisis kesihatan dengan berlakunya Pandemik COVID-19 telah melakar pengalaman baharu yang menuntut strategi baharu, pengukuhan integriti dan kesegeraan dalam gerak kerja governan. Salahlaku seperti rasuah, ketirisan dan kelewatan mengendalikan urusan pelanggan adalah antara musuh utama kepada governan baik. Penekanan governan berasaskan pendekatan secara tindakan dan sistem (action and system-based approach) semata-mata tidak menjamin kelestarian dalam governan. Sebaliknya pendekatan nilai humanistik dan spiritual menjadi asas kepada terlaksananya governan baik yang beramanah, bertanggungjawaban, adil, bekerjasama dan berdaya kepimpinan dalam melaksanakan kebajikan masyarakat atau Maslahah Ammah selaras Maqasid Syariah telah diberikan penekanan dalam buku ini.