Perjuangan NGO Pendidikan Melayu Di Malaysia Jilid III
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Perjuangan NGO Pendidikan Melayu Di Malaysia Jilid III
Author: Jais Abdul Karim
Publisher: Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (YGPMS)
ISBN: 9789671159729
Weight: 0.5 kg
Pages: 271 pp
Year: 2015
Price: RM30
PERJUANGAN NGO PENDIDIKAN MELAYU DI MALAYSIA (Jilid III) - Buku ini merupakan kesinambungan dari Jilid I dan II yang juga memaparkan keprihatinan NGO pendidikan Melayu mengenai keberkesanan sistem pendidikan negara terhadap perkembangan dan kemajuan bangsa. GPMS sentiasa bersemangat untuk memperkasa perjuangan dalam bidang pendidikan dan bersedia mendepani pelbagai cabaran untuk menjadikannya sebagai badan organisasi yang kuat, disegani dan mempunyai gerakan mantap sehingga ke peringkat akar umbi.
Menerusi Jilid III ini, saya rasa bertanggungjawab untuk memaparkan sejarah penubuhan GPMS 1948 dan perkembangan perjuangan sehingga tahun 2015. Berdasarkan kajian ilmiah yang dihasilkan oleh mantan Presiden GPMS 1976-1978 yang kini masih lagi bersemangat bersama kepimpinan GPMS untuk memperkasa pendidikan Melayu dengan perkongsian idea yang bernas.
Selain itu, teks ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan GPMS kali ke-60 oleh YB Dato' Seri Idris Jusuh, Menteri Pendidikan II juga dimuatkan dalam buku ini. Beliau menekankan kepentingan bertindak menerusi idea "Renaisans Pendidikan Melayu". Gerakan Renaisans perlu dilaksanakan demi memastikan orang Melayu bangkit, dan tidak mundur. Cendekiawan ada mengatakan, "Jika kamu mahu melihat masa depan sesuatu bangsa itu, kamu lihatlah keadaan anak mudanya pada hari ini".
Penyuntingan semula teks ucapan, kajian ilmiah dan memorandum dalam buku ini untuk menarik minat pembaca mendalami dan memahami pandangan serta wawasan GPMS dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan orang Melayu di negara ini. Bahan penulisan yang diketengahkan merupakan paparan minda dan bayangan jiwa para pencinta perjuangan pendidikan Melayu dan sekali gus meningkatkan prestasi pendidikan negara.