Munshi dan Bird: Mitos Melayu Malas
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Munshi dan Bird: Mitos Melayu Malas
Author: Nurul Zafirah Zakaria, Firuz-Akhtar Lubis, Muqit Muhammad
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9786294865044
Year: 2025
Pages: 148pp
Weight: 230g
Price: RM32
Orang Melayu acap kali dimomokkan sebagai masyarakat yang 'malas' dan 'mundur' sejak zaman dahulu lagi dan tanggapan tersebut kelihatan dalam pelbagai sumber penulisan. Persoalannya, adakah spekulasi mengenai orang Melayu 'malas' dan 'mundur' itu adalah benar? Zaman kolonialisme Barat di Tanah Melayu pada abad ke-19 menyaksikan begitu banyak penghasilan karya penulisan sama ada karya penulis tempatan mahupun karya penulis Barat, seperti Abdullah Munshi dan Isabella Bird. Menerusi travelog mereka, terdapat kritikan yang dilontarkan terhadap orang Melayu terutama sekali mengenai kemalasan dan kemunduran mereka. Buku ini menumpukan dua buah travelog ke Tanah Melayu sahaja iaitu Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) nukilan Abdullah Munshi dan The Golden Chersonese and The Way Thither (1883) oleh Isabella Bird. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai sejarah latar belakang Abdullah Munshi dan Isabella Bird. Selain itu, buku ini turut membincangkan serta membandingkan kritikan Abdullah Munshi dan Isabella Bird menerusi karya-karya travelog mereka. Buku ini mendapati norma sosial yang berlaku kepada golongan bawahan Melayu menjadi ransangan kepada kemalasan dan kemunduran mereka. Diharapkan buku ini dapat menjadi anjakan dalam kesusasteraan bandingan dan menjadi pencetus kesinambungan ilmu ketamadunan Islam orang Melayu dalam penulisan travelog. Selain itu, diharapkan agar buku juga ini dapat menangkis spekulasi negatif terhadap orang Melayu serta menjadi panduan bangsa Melayu dan agama Islam.