• 99687840
  • 99687841
  • 99684494
  • 99684495
  • 99681406
  • 99681407
  • 99678633
  • 99678634
  • 99676238
  • 99676239
  • 99687840
  • 99687841
  • 99684494
  • 99684495
  • 99681406
  • 99681407
  • 99678633
  • 99678634
  • 99676238
  • 99676239
1

Hadith 40 Terjemahan Dan Syarahnya

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hadith 40 Terjemahan Dan Syarahnya

Author: Mustafa Abdul Rahman
Publisher: Dewan Pustaka Fajar
ISBN: ISBN: 9789678300582
Weight: 0.5 kg
Pages: 441 pp
Year: 2021
Price: RM30

Buku Hadis Empat Puluh (Terjemahan dan Syarahnya) adalah salah sebuah karya hadis Ustaz Mustafa yang masyhur dan mendapat tempat yang baik dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Pada asalnya buku ini ditulis dengan tulisan jawi dan dicetak buat kali pertama pada tahun 1964 sebagaimana catatan pengarang dalam ‘Kata Penyusun’.

Manakala edisi rumi diterbitkan kali pertama pada Oktober 1989 untuk memenuhi permintaan masyarakat serta meluaskan sasaran pembaca kepada golongan yang tidak mahir dalam tulisan jawi. Di samping itu, penerbit juga membuat beberapa tambahan penjelasan yang tertinggal dalam edisi jawi. Edisi rumi ini dicetak kali kedua pada tahun 1991, diikuti 1996, 1998 dan 2001.

Ustaz Mustafa menjelaskan bahawa tujuan penghasilan buku ini ialah sebagai satu usaha menghidupkan dan memperkembangkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Justeru itu, beliau memilih karya Imam al-Nawawi atau Muhy al-Din Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (m.676H), iaitu Matn al-Arba’in al-Nawawiyah untuk diterjemahkan dan dihuraikan hadis-hadisnya.

Meskipun karya ini hanya memuatkan 42 buah hadis, namun hadis-hadis ini mempunyai kepentingan yang tersendiri, terutama dari aspek kaedah dan sumber hukum-hukum Islam. Malah kebanyakannya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, atau salah seorang daripada mereka, justeru kedudukan hadis-hadis ini adalah sahih dan tidak diragui lagi darjatnya.

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi yang dijelaskan darjatnya sebagai hadishasan sahih, iaitu hasan lagi sahih. Faktor-faktor inilah yang mempengaruhi pemilihan Matan al-Arba’in oleh Ustaz Mustafa.