• 99687773
  • 99687774
  • 99684433
  • 99684434
  • 99681343
  • 99681344
  • 99678573
  • 99678574
  • 99676172
  • 99676173
  • 99687773
  • 99687774
  • 99684433
  • 99684434
  • 99681343
  • 99681344
  • 99678573
  • 99678574
  • 99676172
  • 99676173
1

Kayu Gaharu Dan Genetik Penghasilan Wangian

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kayu Gaharu Dan Genetik Penghasilan Wangian

Author: Roohaida Othman & Afiq Adham Abd Rasib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862470
Weight: 0.235 kg
Pages: 147 pp
Year: 2022
Price: RM35

Kayu gaharu merupakan satu sumber pendapatan utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kayu gaharu digunakan secara meluas dalam industri penghasilan minyak wangi serta dalam perubatan tradisional dan upacara keagamaan bagi masyarakat tertentu. Kayu gaharu yang digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi diperoleh dari pelbagai spesies tumbuhan termasuk dari spesies Aquilaria malaccensis. Gaharu yang dihasilkan oleh pokok A. malaccensis memiliki nilai pasaran yang tinggi disebabkan oleh kualiti damar yang dihasilkan. lanya kaya dengan sebatian kimia seperti kromon feniletil dan terpena yang menyumbang kepada bau unik yang terdapat pada gaharu. Pokok A. malaccensis menghasilkan gaharu sebagai tindak balas terhadap jangkitan mikrob atau kecederaan pada batang pokok bagi mengekang penularan jangkitan ke seluruh bahagian pokok. Untuk memahami aspek genetik yang terlibat semasa proses biosintesis terpena dalam tumbuhan ini, profil transkriptom untuk tisu batang dari A. malaccensis sihat dan yang menghasilkan gaharu dibangunkan bagi mengenal pasti gen-gen yang terlibat dalam pembentukan gaharu. Penulisan ini memberikan maklumat baharu tentang mekanisme biosintesis terpena dalam A. malaccensis, seterusnya membawa kepada pemahaman yang lebih komprehensif tentang pembentukan gaharu dalam spesies ini.