• 99687744
  • 99687745
  • 99684409
  • 99684410
  • 99681323
  • 99681324
  • 99678553
  • 99678554
  • 99676156
  • 99676157
  • 99687744
  • 99687745
  • 99684409
  • 99684410
  • 99681323
  • 99681324
  • 99678553
  • 99678554
  • 99676156
  • 99676157
1

Pembangunan Wakaf Di Malaysia Melalui Perbankan Islam Berteraskan VBI

Regular price
RM 54.00
Sale price
RM 54.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pembangunan Wakaf Di Malaysia Melalui Perbankan Islam Berteraskan VBI

Author: Mohd Izuwan Mahyudin & Asmak Ab Rahman
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883911
Weight: 0.37 kg
Pages: 237 pp
Year: 2025
Price: RM54

Wakaf sudah lama diiktiraf sebagai instrumen penting dalam sistem ekonomi Islam yang memainkan peranan besar dalam pembangunan masyarakat. Sejak zaman Rasulullah SAW, wakaf telah menjadi sumber utama bagi pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, dan infrastruktur awam. Namun, di Malaysia, cabaran dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf masih menjadi isu utama. Bagaimana kita boleh memanfaatkan sistem kewangan Islam yang moden untuk menggerakkan wakaf sebagai suatu mekanisme pembangunan ekonomi yang lebih strategik dan berkesan?

Buku Pembangunan Wakaf di Malaysia Melalui Perbankan Islam Berteraskan VBI ini mengupas secara mendalam peranan institusi perbankan Islam dalam memperkasa pembangunan wakaf menerusi pendekatan Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation, VBI) yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). VBI menekankan prinsip kelestarian, keadilan sosial, dan pengurusan risiko yang bertanggungjawab dalam operasi kewangan Islam, menjadikannya kerangka yang sesuai untuk mengintegrasikan wakaf dalam sistem perbankan moden. Berdasarkan amalan yang dilaksanakan oleh institusi perbankan Islam di Malaysia, buku ini menganalisis peranan institusi perbankan Islam dalam pembangunan wakaf khususnya dalam menghuraikan bagaimana bank- bank Islam boleh menjadi pemangkin dalam menggerakkan dana wakaf dan membangunkan aset wakaf secara lebih cekap dan produktif.

Buku ini turut menghuraikan model dan inisiatif wakaf dalam perbankan Islam di Malaysia termasuk program seperti myWakaf, serta pelbagai instrumen kewangan Islam yang boleh digunakan untuk membangunkan harta wakaf. Cabaran dalam pembangunan wakaf melalui perbankan Islam turut dijelaskan khususnya cabaran dari segi perundangan, kefahaman masyarakat, isu pengurusan risiko, serta perbezaan fatwa dan amalan dalam kalangan institusi kewangan Islam. Dalam era ekonomi moden yang semakin dinamik, integrasi wakaf dengan perbankan Islam bukan sahaja dapat memperkasakan pengurusan aset wakaf malahan menjadikannya sebagai alat utama dalam membangunkan kesejahteraan sosioekonomi ummah. Buku ini memberikan panduan yang praktikal kepada penggubal dasar, pentadbir wakaf, ahli akademik, institusi kewangan, dan  masyarakat umum yang ingin memahami bagaimana wakaf boleh dimanfaatkan dengan lebih berkesan melalui sistem kewangan Islam yang berpandukan nilai. Adakah institusi perbankan Islam Global bersedia untuk mengintegrasikan wakaf dalam perkhidmatan dan penawaran produk perbankan mereka? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan wakaf bukan sekadar konsep statik, buku ini memberikan  panduan bagaimana institusi perbankan Islam di Malaysia memainkan peranan tersebut menerusi VBI.