Hak Akses Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam: Kedudukan Undang-undang di Malaysia, Australia dan Singapura
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hak Akses Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam: Kedudukan Undang-undang di Malaysia, Australia dan Singapura
Author: Nur Azlina Mohamad Zahari, Ramalinggam Rajamanickam & Rohaida Nordin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862357
Weight: 0.33 kg
Pages: 215 pp
Year: 2024
Price: RM35
Hak Akses Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam: Kedudukan Undang-undang di Malaysia, Australia dan Singapura membincangkan tentang hak akses orang kurang upaya dan undang-undang antarabangsa, kerangka undang-undang, pemakaian dan realiti di Malaysia, Australia dan Singapura, perbandingan antara kerangka undang-undang Malaysia, Australia dan Singapura serta penambahbaikan hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam dan cabaran di Malaysia. Isu hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam merupakan satu isu sejagat yang memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak dalam mencapai penyelesaian pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Komitmen semua negara termasuklah Malaysia terhadap undang-undang antarabangsa berhubungan dengan hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam penting sebagai asas kepada permulaan bagi penggubalan dan penambahbaikan kerangka undang-undang yang menjamin hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam. Jika dibandingkan dengan Malaysia, Australia dan Singapura telah berjaya mewujudkan kerangka undang-undang yang kukuh dan menjamin hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam melalui pendekatan undang-undang yang tersendiri. Justeru itu, pembaharuan dan pindaan kepada undang-undang sedia ada di Malaysia yang berkaitan dengan orang Kurang upaya perlu dilaksanakan dalam menjamin hak-hak orang kurang upaya, termasuklah hak akses orang kurang upaya ke bangunan awam.