Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata
Author: Abdul Ghalib Yunus, Muhammad Norrudin Abdul Aziz
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834914028
Year: 2017
Pages: 204
Weight: 323
Price: RM15
Buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata diterbitkan khusus untuk membantu murid, guru dan pembaca memahami selok-belok golongan kata dengan menggunakan rumus yang disediakan. Buku ini merangkumi empat unit. iaitu berdasarkan empat golongan kata, seperti Unit 1: Kata Nama, Unit 2: Kata Keria, Unit 3 Kata Adjektif dan Unit 4: Kata Tugas. Dalam setiap unit, terdapatnya nota yang merupakan gambaran awal bagi setiap golongan kata. Sebanyak 95 rumus bagi keseluruhan golongan kata. Walau bagaimanapun, setiap unit telah dipecahkan kepada tajuk khusus yang disertai huraian tentang rumus. Penggunaan aspek salah dan betul diketengahkan supaya murid, guru dan pembaca dapat mengenal pasti penggunaan yang betul dan salah dalam ayat
Selain itu, disediakan juga lapan soalan yang dipelbagaikan bagi menguji kefahaman tentang setiap tajuk serta memperkukuh pengetahuan tentang golongan kata. Latihan yang disediakan ini merupakan latih tubi untuk menguji dan mengekalkan ingatan tentang rumus yang telah diterapkan. Di samping itu, lampiran jawapan disediakan bagi memudahkan murid, guru dan pembaca membuat rujukan. Setiap istilah yang digunakan dalam buku ini juga selaras dengan buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah serta Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah. Buku in sesuai dijadikan rujukan bagi meningkatkan kefahaman tentang golongan kata bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan ringkas, mudah dan sesuai dengan konteks pembelajaran. Buku ini sangat berguna kepada murid sekolah rendah atau menengah, guru, ibu bapa dan pembaca umum yang ingin meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan tentang golongan kata bahasa Melayu khususnya.