• 99687607
  • 99687608
  • 99684250
  • 99684251
  • 99681176
  • 99681177
  • 99678411
  • 99678412
  • 99687607
  • 99687608
  • 99684250
  • 99684251
  • 99681176
  • 99681177
  • 99678411
  • 99678412
1

Ekonomi Kultus: Bagaimana Gerakan Kultus Membina Kekayaan?

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Ekonomi Kultus: Bagaimana Gerakan Kultus Membina Kekayaan?

Authors: Ahmad Iqram Mohammad Noor
Publisher: NHA Publications
ISBN: 9786299518136
Tahun: 2025
Weight: 410gsm 
Pages: 354pp
Price: RM45

Terdapat banyak persamaan antara gerak kerja misionari dengan dunia perniagaan. Kedua-duanya mempunyai sasaran prospek dan masing-masing menuntut pelbagai kemahiran seperti profesionalisme kemahiran interpersonal, analisis, strategi, pengurusan organisasi serta operasi. Bezanya hanyalah pada "produk". Dalam dunia perniagaan, produk berbentuk barangan atau perkhidmatan, manakala dalam misi dakyah pula, produk yang ditawarkan ialah "agama".

Mutakhir ini, semakin menjadi fenomena apabila gerakan kultus dan gerakan keagamaan mengaitkan kegiatan mereka dengan aktiviti ekonomi. Dalam banyak keadaan, aktiviti ekonomi kultus jauh lebih ekstrem perbanding dunia korporat sebenar. Jika dalam dunia korporat ahli dimotivasikan dengan gaji, bonus dan kejayaan keusahawanan. Manakala dalam kultus pula mereka digerakkan oleh ketaasuban, keimanan, ganjaran syurga, bahkan sanggup mengorbankan jiwa dan raga. Mereka berdakyah sambil membina empayar ekonomi.

Buku Ekonomi Kultus membongkar sisi tersembunyi di sebalik tabir gerakan keagamaan yang membina empayar kewangan dengan memanipulasi pengikutnya. Dua gerakan kultus yang diketengahkan ialah antara yang paling kontroversi dan terkaya di dunia: Gereja Mormon dan Gereja Unification. Buku ini menyelami bagaimana mereka mengukuhkan kekayaan melalui sistem keagamaan, derma wajib, jualan spiritual, dan strategi perniagaan yang bertopengkan agama.

Daripada kutipan persepuluhan (tithing) bernilai berbilion dolar, skim pelaburan rahsia seperti Ensign Peak, hinggalah kepada ritual penebusan dosa berbayar dan manipulasi harta warisan pengikut, buku ini merungkai modus operandi ekonomi yang mencampuradukkan antara ritual dengan eksploitasi. la turut menyingkap jaringan elit, pelaburan hartanah global, serta peranan institusi pendidikan dan syarikat MLM dalam memperkukuh hegemoni kultus.

Buku ini juga menjawab beberapa persoalan penting
1. Mengapa pengikut sanggup menyerahkan seluruh harta kepada kultus? 
2. Bagaimana strategi kekayaan kultus berkembang daripada rumah ibadat kepada konglomerat? 
3. Syarikat perniagaan manakah yang menyokong gerakan mereka? 
4. Apakah hubungan antara jualan langsung MLM dengan gerakan kultus?

Pengaruh ini turut menular ke Malaysia melalui jaringan perniagaan dan gerakan dakwah kultus yang begitu agresif. Semuanya dihuraikan secara mendalam dalam Ekonomi Kultus.