Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil : Perbandingan Malaysia Dan Filipina
- Regular price
- RM 56.00
- Sale price
- RM 56.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil : Perbandingan Malaysia Dan Filipina
Authors: Muhamad Takiyuddin Ismail, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar dan Durrah Abd Malek
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884062
Tahun: 2025
Weight: gsm
Pages: 210 pp
Price: RM56
Masyarakat sivil merupakan kerangka yang dibentuk oleh tradisi politik Barat. Justeru, pentakrifan dan pengoperasiannya cenderung digunakan dalam konteks dan maksud yang sehala dan mesra demokrasi liberal. Malah, ia dihujahkan telah diadaptasi secara bebas ke negara-negara yang mempunyai tingkat dan kefahaman demokrasi yang berbeza. Realitinya, masyarakat sivil tidak harus disinonimkan sebagai unsur pendemokrasian yang benar-benar kudus. Kecenderungan untuk memperbesar-besarkan sisi positif masyarakat sivil telah mendorong pembentukan satu lagi wacana yang berat sebelah iaitu “masyarakat tidak sivil†. Wacana ini merupakan satu lagi cubaan untuk mengasingkan apa yang didakwa gerakan yang tidak kondusif kepada semangat demokrasi. Dengan mengambil kajian kes Malaysia dan Filipina, buku ini menghujahkan bahawa “masyarakat sivil†yang sering dianggap sebagai savior civil society boleh bertukar menjadi “masyarakat tidak sivil†kerana memperdalamkan perpecahan masyarakat yang telah terinstitusi kuat. Pentakrifan “masyarakat tidak sivil†juga telah dibangunkan secara sempit dan eksklusif terhadap segmen tertentu dan mengesampingkan hakikat yang masyarakat sivil mempunyai sisi kebejatan tersendiri dan tidak semestinya mempunyai kejelasan moral yang lebih unggul. Realitinya, elemen yang sering dilihat sebagai “masyarakat tidak sivil†turut mewakili suara rakyat terbanyak dan menyumbang kepada pendemokrasian.