Strategi Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Industri Tenaga di Malaysia
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Strategi Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Industri Tenaga di Malaysia
Author: Mohamad Xazaquan Mansor Ali, Kadir Arifin, Mohammad Lui Juhari
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864924
Weight: 304 gsm
Pages: 200 pp
Year: 2025
Price: RM36
Buku ini mendedahkan strategi untuk meningkatkan keselamatan pekerjaan dalam industri tenaga, khususnya loji jana kuasa arang batu. Penulis menekankan pendekatan proaktif berasaskan indikator pelopor yang mampu meramal dan mencegah risiko sebelum kemalangan berlaku. Berpandukan data empirikal dan pengalaman industri sebenar, buku ini membimbing pengurus keselamatan, penyelidik, dan penggubal dasar untuk melaksanakan sistem keselamatan yang lebih mantap dan berkesan. Penulis menghuraikan bagaimana organisasi menilai prestasi keselamatan, membentuk budaya kerja selamat, dan melaksanakan intervensi yang menyeluruh. Buku ini juga membimbing pembaca mengenal pasti kelemahan sistem serta mencadangkan penyelesaian praktikal dan amalan industri. Buku ini membantu pembaca memahami hubungan antara sistem pengurusan KKP, tingkah laku pekerja, dan keberhasilan keselamatan. la membuktikan bahawa keselamatan bukan sekadar pematuhan, tetapi satu strategi pengurusan yang mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing organisasi.
Buku ini wajib dimiliki oleh pengamal industri tenaga yang komited membina persekitaran kerja yang lebih selamat, mampan, dan berdaya tahan untuk masa hadapan negara.