• 99687552
  • 99687553
  • 99684200
  • 99684201
  • 99681119
  • 99681120
  • 99687552
  • 99687553
  • 99684200
  • 99684201
  • 99681119
  • 99681120
1

Tokotrienol Kelapa Sawit Sebagai Sebatian Anti Penuaan : Peranannya Terhadap Telomer dan Telomerase Sel

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Tokotrienol Kelapa Sawit Sebagai Sebatian Anti Penuaan : Peranannya Terhadap Telomer dan Telomerase Sel

Author: Suzana Makpol, Azrina Zainal Abidin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864931
Weight: 233 gsm
Pages: 160 pp
Year: 2025
Price: RM35

Penuaan merupakan proses yang berlaku sepanjang jangka hayat manusia dewasa dan berlaku perubahan pada struktur dan kemerosotan fungsi kebanyakan sistem tubuh yang menyumbang kepada peningkatan risiko menghidapi penyakit degenaratif Telomer dan telomerase memainkan peranan penting dalam penuaan.

Pada setiap pembahagian sel, telomer akan berkurangan panjangnya sehingga pada suatu ketika, telomer akan menjadi terlalu pendek dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Keadaan ini menyebabkan sel tidak lagi dapat membahagikan diri dan akhirnya mati. Proses ini dipanggil penuaan sel. Telomerase adalah enzim yang membantu membina semula telomer semasa pembahagian sel. Oleh itu, kehadiran telomerase dapat memanjangkan telomer dan membantu mencegah atau melambatkan penuaan sel. Namun, aktiviti telomerase cenderung menurun seiring dengan pertambahan usia dan ini dapat menyebabkan penyingkiran sel yang tidak dapat lagi mereplikasi diri dengan sempurna. Buku ini memfokuskan sama ada pemberian vitamin E dapat menstabilkan panjang telomer dan meningkatkan aktiviti enzim telomerase dalam sel normal fibroblas manusia. Tokotrienol merupakan salah satu daripada dua komponen major siri homolog (tokokromanol) vitamin E.Kesan perlakuan y-tokotrienol (GTT) serta aruhan tekanan oksidatif oleh hidrogen peroksida (H,02) ke atas sel kultur fibroblas normal daripada tiga kumpulan umur berbeza iaitu muda (YF), pertengahan (MF) dan tua (OF) telah dikaji. Perubahan viabiliti, panjang telomer dan aktiviti telomerase sel ditentukan. Seterusnya perubahan ekspresi protein yang terlibat dalam regulasi kitaran sel dikaji bagi memperincikan mekanisme tindakan GTT. Perubahan-perubahan ini mencadangkan bahawa GTT terlibat dalam mengekalkan kestabilan kromosom melalui pemanjangan telomer yang diperantarakan oleh telomerase. GTT turut dicadangkan terlibat dalam mengawal atur regulasi kitaran sel yang terganggu akibat aruhan tekanan oksidatif.