Bahasa Agama Dalam Falsafah : Makna dan Interpretasi
- Regular price
- RM 53.00
- Sale price
- RM 53.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bahasa Agama Dalam Falsafah : Makna dan Interpretasi
Author: Munif Zarirruddin Fikri Nordin
Publisher: DBP
ISBN: 9789834951887
Weight: 292 gsm
Pages: 244 pp
Year: 2025
Price: RM53
Ungkapan agama seperti "mimpi bertemu nabi" dan "air penerang hati" sering diketengahkan dalam ceramah, kuliah dan penulisan popular genre agama untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Namun, penentusahan ungkapan agama seumpama ini jarang-jarang dilakukan kerana lazimnya khalayak secata taklid menganggapnya benar, tanpa menyoal kembali atau menilai semula kebenarannya. Buku ini menghuraikan fungsi bahasa agama untuk membentuk kefahaman yang tepat dan logik tentang makna dan interpretasi. Fungsi ini penting untuk membawa masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat maju yang kritis dan analitik untuk menilai ungkapan agama dan bukannya bergantung pada magis agama semata-mata. Buku ini merangkumi konsep, kedudukan, kemunculan, perkembangan, aliran dan permasalahan bahasa agama dalam falsafah, serta makna dan interpretasi bahasa agama dalam dua falsafah utama dunia, iaitu falsafah Islam dan falsafah Barat. Turut dibincangkan isu bahasa agama kontemporari di Malaysia dan kepentingan bahasa agama dalam falsafah Melayu.