• 99687538
  • 99687539
  • 99684188
  • 99684189
  • 99681107
  • 99681108
  • 99687538
  • 99687539
  • 99684188
  • 99684189
  • 99681107
  • 99681108
1

Transgender Di Malaysia

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Transgender Di Malaysia

Author: Pg Ismail Pg Musa
Publisher: DBP
ISBN: 9789834952556
Weight: 217 gsm
Pages: 193 pp
Year: 2025
Price: RM44

Buku ini mengandungi perbincangan berkaitan dengan fitrah kejadian manusia, hukum transgender, faktor berlakunya transgender dan jalan penyelesaian, transgender dalam konteks perundangan dan kesalahan jenayah Syariah di Malaysia. Perbincangan seperti ini wajar diketahui dan difahami oleh masyarakat. Pengetahuan dan pemahaman ini penting agar gejala songsang ini tidak dibiarkan terus berkembang dan dibudayakan dalam kehidupan generasi kini.
Dalam konteks perundangan Malaysia yang merujuk Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3(1) bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan, yang wajar dihormati oleh semua warganegara. Begitu juga perundangan Syariah di Malaysia, perlakuan transgender merupakan satu kesalahan walaupun istilah transgender tidak disebut secara langsung. Perbuatan meliwat, lelaki menyerupai seperti perempuan, perempuan menyerupai seperti lelaki, mushagah, perhubungan jenis luar tabii, pondan dan hubungan sejenis antara sesama jantina merupakan kesalahan jenayah Syariah yang boleh dikenakan hukuman mengikut enakmen negeri masing-masing.
Para ulama Islam membahaskan secara panjang lebar berkaitan dengan permasalahan transgender sama ada dari perspektif ilmu figh mahupun dari sudut maqasid syariah. Kelakuan transgender dikategorikan sebagai perbuatan yang sengaja mengubah ciptaan Allah SWT dan bertentangan dengan maqasid syariah yang lima, iaitu tidak memelihara kesucian agama, mengancam nyawa, menjejaskan akal fikiran, merosakkan maruah dan pengabaian terhadap kesucian harta. Gejala transgender yang sedang berkembang di Malaysia perlu ditangani dengan secara berterusan agar kesucian agama Islam dan keharmonian masyarakat Malaysia terus terpelihara.