Pensijilan Farmaseutikal Halal Di Malaysia
- Regular price
- RM 71.00
- Sale price
- RM 71.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pensijilan Farmaseutikal Halal Di Malaysia
Author: Dr. Johari Bin Ab. Latiff
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830427096
Weight: 0.5kg
Pages: 143 pages
Year: 2024
Price: RM71
Membangunkan standard yang dikenali sebagai Malaysian Standard MS 2424:2012 Halal Pharmaceuticals General Guidelines yang merupakan panduan umum dalam penghasilan produk farmaseutikal halal. Ini merupakan perkembangan yang positif kerana Malaysia pada masa ini selain menggunakan produk farmaseutikal tempatan tetapi dalam masa yang sama masih bergantung kepada produk farmaseutikal dari luar negara yang tidak mempunyai status halal yang jelas. Walaupun langkah-langkah yang diambil telah berjaya membentuk sistem pensijilan halal bagi produk farmaseutikal, adalah penting untuk mengkaji pelaksanaan sebenar pensijilan halal berdasarkan kepada standard berkenaan. Buku ini juga bertujuan untuk meneliti kepentingan, peruntukan, pelaksanaan, dan impak daripada pelaksanaan Malaysian Standard MS 2424:2012 Halal Pharmaceuticals General Guidelines. Bagi mencapai tujuan tersebut, data kajian dikumpul melalui kajian doktrinal, dokumentasi, dan temu bual berstruktur dengan maklumat yang terlibat secara langsung dalam industri farmaseutikal halal di Malaysia. Data sekunder dan primer yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa JAKIM dan industri farmaseutikal telah melaksanakan Malaysian Standard MS 2424:2012 Halal Pharmaceuticals - Garis Panduan Am berdasarkan keperluan pensijilan halal.
Selain itu, standard pelaksanaan ini memberi kelebihan kepada JAKIM dan industri farmaseutikal. Walau bagaimanapun, kajian ini juga mengenal pasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh JAKIM dan industri farmaseutikal, seperti kesukaran dalam mendapatkan pensijilan dan bahan mentah halal daripada pembekal, serta kekurangan persediaan di kalangan industri untuk melaksanakan standard ini yang mengakibatkan kelewatan dalam proses pensijilan. Secara keseluruhannya, buku ini menyajikan cadangan-cadangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan aspek pensijilan halal produk farmaseutikal yang perlu dipertimbangkan oleh pihak yang berkepentingan.