• 99687401
  • 99687402
  • 99684015
  • 99684016
  • 99680969
  • 99680970
  • 99687401
  • 99687402
  • 99684015
  • 99684016
  • 99680969
  • 99680970
1

Rawatan Air Larut Lesap

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Rawatan Air Larut Lesap

Author: Azhar Abdul Halim, Nurul Ain AB Jalil
Publisher: UKM
ISBN: 9786294864283
Weight: 268 gsm
Pages: 241 pp
Year: 2025
Price: RM30

Isu yang timbul dari aktiviti pelupusan sisa pepejal di Malaysia semakin kritikal akibat pengurusan dan reka bentuk tapak pelupusan sisa pepejal yang lemah Kebanyakan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini dan di mana-mana negara sedang membangun umumnya adalah secara pembuangan terbuka yang tidak dilengkapi dengan sistem sanitari dan olahan air larut lesap. Air larut lesap dari tapak-tapak pelupusan yang tidak direka bentuk dengan sempurna boleh mencemarkan alam sekitar terutama sistem air permukaan dan air bumi. Ini kerana air larut lesap dicirikan oleh kehadiran bahan-bahan organik tegar dengan kandungan nitrogen berammonia yang tinggi dan bertoksid. Proses fizliko-kimia seperti koagulasi-flokulasi dan hibrid pemendakan kimia berkesan menyingkirkan sebatian organik tegar dari air larut lesap stabil. Setakat ini sangat kurang bahan penjerap yang berupaya menyingkirkan secara serentak nitrogen berammonia dan COD dengan berkesan. Memandangkan banyak kelemahan dalam penggunaan bahan penjerapan konvensional seperti karbon teraktif dan zeolit dari segi kos dan keupayaan penjerapan, maka satu bahan penjerap komposit baru yang menggabungkan zeolit, batu kapur, karbon teraktif dan sisa buangan arang sekam padi diperkenalkan. Kos yang lebih murah, keupayaan penjerapannya yang lebih baik dan kebolehannya diregenerasi menjadikan bahan penjerap komposit yang dihasilkan lebih kompetetif berbanding dengan bahan penjerap konvensional lain seperti karbon teraktif dan zeolit.

AZHAR ABDUL HALIM, PhD, adalah pensyarah dan penyelidik dalam bidang kimia analisis dan kimia alam sekitar dengan pengkhususan dalam bidang rawatan air sisa. Penyelidikan beliau banyak tertumpu kepada kaedah penjerapan, koagulasi-flokulasi dan pengoksidaan elektrokimia dalam merawat air sisa industri dan pertanian. Beliau juga memberi tumpuan kepada penggunaan sisa pertaniar sebagai bahan penjerap berkos rendah dalam sistem rawatan air sisa industri, Setakat ini beliau telah mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti pingat emas dalam "Malaysian Technology Exhibition 2008 (MTE"08)" dan pingat perak dalam "Salon International des Inventions Genêve, 2009". NURUL'AIN AB JALIL, PhD, merupakan pensyarah dan penyelidik dalam bidang kejuruteraan sekitaran, pengkhususan kepada pengurusan dan rawatan sisa Pepejal Beliau pernah menjalankan sangkutan penyelidikan di loji biopengeringan di Istanbul, Turki. Beliau juga aktif dalam khidmat masyarakat terutamanya melibatkan pelajar sekolah melalui projek STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).