• 99687399
  • 99687400
  • 99684013
  • 99684014
  • 99680967
  • 99680968
  • 99687399
  • 99687400
  • 99684013
  • 99684014
  • 99680967
  • 99680968
1

Bio-kejuteraan Cerun Pemulihan dan Kawalan Hakisan

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bio-kejuteraan Cerun Pemulihan dan Kawalan Hakisan

Author: Siti Norfaizah Ahmad Tarmidzi, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd Razi Idris
Publisher: UKM
ISBN: 9786294864870
Weight: 275 gsm
Pages: 201 pp
Year: 2025
Price: RM40

Buku ini memperkenalkan pendekatan bio-kejuruteraan cerun dalam memulih dan mengawal hakisan dengan teknologi hijau yang mesra alam. Tumbuhan digunakan sebagai agen penstabil cerun dalam memperkukuhkan cerun secara semulajadi melalui interaksi antara kanopi dan akar tumbuhan dengan tanah cerun. Kelebihan pendekatan ini adalah termasuk kos yang lebih rendah, penyelenggaraan minimum, meningkatkan nilai estetika pada cerun dan kesan yang positif kepada persekitaran. Kandungan buku ini adalah terdiri daripada lapan bab merangkumi asas bio-kejuruteraan, peranan pokok, ciri fiziko-kimia tanih serta kehilangan tanih berdasarkan kajian sebenar di plot kajian Bukit Fraser Pahang. Buku ini bukan sekadar untuk para penyelidik dan pelajar, tetapi juga sesuai untuk pencinta alam, komuniti, petani, pegawai agensi kerajaan dan sesiapa sahaja prihatin terhadap kemusnahan cerun dan impaknya terhadap manusa dan alam sekitar.

SITI NORHAFIZAH AHMAD TARMIDZI, MSc merupakan Pegawai Penyelidik di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu kepada sains tanih dan bio-kejuruteraan cerun. ZULFAHMI ALI RAHMAN, PhD merupakan seorang Profesor Madya di Jabatan Sains Bumu dan Alam Sekitar (JSBAS), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu kepada pencirian tanih, penambahbaikan tanih, kitar semula sisa untuk bahan binaan, geologi alam sekitar dan bio-kejuruteraan tanih. WAN MOHD RAZI IDRIS, PhD merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumu dan Alam Sekitar (JSBAS), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu kepada sains tanih sekitaran.