Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an
Authors: Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Mohd Fazli Abd Malek & Amer Hudhaifah Hamzah
Publisher: UMS Press
ISBN: 978-629-7662-41-1
Tahun: 2025
Weight: 317 gsm
Pages: 193
Price: RM45.00
Buku Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an ini bukan hanya mengandungi catatan liku-liku sejarah yang jarang diketahui umum, tetapi juga merupakan simbol penghargaan dan apresiasi terhadap nilai keperwiraan, patriotisme, kearifan tradisi, sejarah dan kehalusan budi bangsa Melayu sehingga kini.
Melalui buku ini, pembaca dapat menyelami sendiri nilai keberanian, kejituan pemikiran dan kreativiti, semangat dan juga wawasan besar Meor Rahman terhadap warisan yang beliau tinggalkan. Justeru, pembaca akan didedahkan dengan beberapa perspektif ilmiah yang mendasari sebahagian daripada pengetahuan umum masyarakat tentang sejarah Meor Rahman yang sebelum ini hanya berbentuk cerita-cerita mulut.
Buku ini tidak ditujukan hanya kepada peminat dan pengamal Seni Gayong semata-mata, malah juga kepada mereka yang ingin mengenali kaedah filologi teks cetak yang menghimpunkan dan merekonstruksi teks lama dalam bentuk baharu untuk hidangan pembaca demi memahami perspektif berbeza mengenai perkembangan Seni Gayong dan pengasasnya.