Tanah Air Jilid II Lelaki Patani Berbasikal Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dan Thailand
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tanah Air Jilid II Lelaki Patani Berbasikal Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dan Thailand
Author: Isma AE Mohamad
Publisher : ZM Press
ISBN: 9786299982333
Weight: 0.3
Page: 307 m/s
Year: 2025
Price: RM40
Tidak cukup melihat Thailand dari dekat dengan hanya mengembara sekitar Bangkok dan kawasan selatan, tanpa melakukan pengembaraan ke utara dan timur laut. Sedangkan sejarah negara Thailand bermula dari kawasan atas iaitu bermula di Sukhotai, kemudian Ayuthaya dan turun ke Bangkok pada hari ini.
Pengembara basikal yang dikenali sebagai lelaki Patani, tidak mengenali negara Thailand sepertimana dirinya mengenali Malaysia. Dengan kata lain, lelaki Patani itu lebih mengenali Malaysia berbanding negara Thailand. Selepas berbasikal melewati kawasan utara Thailand, barulah lelaki Patani itu merasa tercabar dan terbit pelbagai perasaan berbanding ketika mengelilingi Semenanjung Malaysia. Lelaki Patani itu tercabar dengan jalan perbukitan yang tinggi. Rasa lain timbul di dalam hati ketika melewati kawasan masyarakat yang berbeza budaya. Rasa kasihan melihat mangsa konflik sempadan sebelah Myanmar. Rasa sedih bertemu dengan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Begitulah pengembaraan lelaki Patani melihat tanah air jilid II meliputi perjalanan ke utara Thailand dengan menyusuri jalan tepi sungai Mekong, dan berakhir di sebahagian kawasan timur laut sempadan Laos. Kemudian pengembaraan berbasikal disambung kembali dengan memasuki kawasan pedalaman yang berakhir di puncak Keselo, kawasan sempadan Myanmar. Kemudian melakukan perjalanan singkat ke sempadan Thai-Kemboja.