Tanah Air Jilid I Lelaki Patani Berbasikal Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dan Thailand
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tanah Air Jilid I Lelaki Patani Berbasikal Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dan Thailand
Author: Isma AE Mohamad
Publisher : ZM Press
ISBN: 9786299982326
Weight: 0.3
Page: 295 m/s
Year: 2024
Price: RM40
Covid-19 menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Hidup di kota seperti Bangkok tanpa pekerjaan, membuat hidup lagi tertekan. Satu persatu jiran lelaki Patani yang hilang pekerjaan pulang ke kampung. Sekeliling tempat menyewa lelaki Patani itu menjadi sepi. Manakala lelaki Patani yang juga tidak bekerja, tiada tempat untuk kembali ke kampung halaman di Thailand. Memang benar, lelaki Patani itu lahir di Patani. Namun begitu, lelaki Patani itu rasa terasing di kampung kelahiran sendiri. Jauh dalam sudut hatinya, lelaki Patani itu merasakan kampung halamannya di Kelantan kerana di sana ada ibunya dan tempatnya membesar. Dalam keadaan Covid-19 melanda, mustahil lelaki Patani itu dapat pulang ke Kelantan kerana sempadan antarabangsa semua ditutup.
Menunggu Covid-19 reda, dan sempadan antarabangsa dibuka kembali, lelaki Patani itu menanam impian melakukan perjalanan pulang ke Kelantan dengan berbasikal dari Bangkok, untuk melihat tanah air dengan lebih dekat. Impian itu menjadi kenyataan, selepas keadaan beransur baik, sempadan antarabangsa sudah dibuka.
Maka bermula pengembaraan lelaki Patani melihat Tanah Air jilid I meliputi pengembaraan sekitar Bangkok, perjalanan pulang ke Kelantan, dan mengelilingi Semenanjung Malaysia.