Ihsan dan Insan dalam Pendidikan Islam
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ihsan dan Insan dalam Pendidikan Islam
Author: Ab Aziz Yusof & Fadzila Azni Ahmad
Publisher: UUM Press
ISBN: 9786294911055
Page: 502 m/s
Year: 2024
Price: RM50
Pendidik merupakan pelaku utama dalam menjayakan Pendidikan Islam. Mereka bergerak pantas di pentas dalam dunia pendidikan kerana bersedia memberi yang terbaik kepada pelajar dan juga ummah. Sebagai pendidik di barisan hadapan, mereka sentiasa siap siaga untuk berhadapan dengan masalah, cabaran dan peluang yang terdapat dalam persekitaran. Mereka akan lebih peka, proaktif dan berstrategik dalam memperkemaskan strategi untuk berhadapan dengan cabaran semasa.
Ajaran Islam akan sentiasa digenggam kuat dengan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai model pendidik terbaik dalam melaksanakan agenda Pendidikan Islam. Bagi mereka mendidik merupakan satu amanah agar pelajar memiliki pelbagai kemahiran dan kepakaran untuk berperanan dalam meningkatkan kualiti kehidupan ummah. Mereka terus berusaha memastikan pelajar berpegang teguh dengan ketauhidan, memuliakan nilai keinsanan dan itqan dalam melaksanakan tugas.