• 99695847
  • 99695848
  • 99695847
  • 99695848
1

Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU

Author: Mohd Rosli Ibrahim
Publisher: Soeloeh Merdeka
ISBN: 9789672640523
Weight: 
Pages: 316pp
Year: 2023
Price: RM45

Masharakat Chantek membicarakan perihal kehidupan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mengumpulkan sekelumit kecil beban penyisihan sosial yang sentiasa dilalui sepanjang perjalanan kehidupan. OKU sudah lama dijadikan objek inspirasi (inspirational porn) ketika bertarung sendirian dengan ‘tangan’ dan ‘kaki’ terikat untuk meneruskan kelangsungan hidup. “Sesudah menderita, kita anggap mereka telahpun berjaya.” Mengapakah OKU dicitrakan dalam perihal ‘tidak cantik’? Adakah kekurangupayaan telah menghilangkan sifat cantik seorang manusia? Sudahkah yang ‘cantik’ dapat menghindari segala kekurangan? Masyarakat memberitahu bahawa mereka sangat menyantuni OKU. Mereka sudah menyediakan imaginasi ‘istimewa’, ‘khas’, ‘penuh inspirasi’. OKU yang tidak
berupaya hanyalah mereka yang malas berusaha. ‘Masyarakat cantik’ hanya menanggapi OKU dalam imej-imej kekurangupayaan dan mengabaikan ketidakupayaan sosial yang dialami oleh mereka. Kehadiran buku ini sedang menzahirkan fikiran-fikiran yang melangkaui
zamannya. Penulis sedang merebut kembali wacana kekurangupayaan dan ketidakupayaan yang selama ini menjadi milik hegemoni ‘masyarakat cantik’. Naratif semasa mengenai OKU sedang diperdebatkan kembali dalam laras-laras popular dengan disertai perspektif mendalam penelitian akademik.