• 99695460
  • 99695461
  • 99695460
  • 99695461
1

Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Al-Quran

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Al-Quran

Author: Ahmad Kilan @ Ahmad Kilani Mohamed & Yahaya Jusoh
Publisher: UTM Press
ISBN: 978983520859
Weight: 0.449
Pages: 289pp
Year: 2013
Price: RM40.00

Pembangunan modal insan menurut al-Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya bersifat bersepadu dan menyeluruh meliputi pembangunan jasmani dan rohani, dunia dan akhirat. Pembangunannya juga bukan sahaja menekankan aspek pembangunan insan daripada sudut latihan kemahiran, kepakaran, profesional, dan penguasaan maklumat seperti yang ditekankan dalam konsep pembangunan insan di negara-negara barat, tetapi melangkaui hal ini dengan menekankan pembentukan insan mulia, iaitu insan yang berilmu dan sejahtera jiwa, yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai petunjuk kehidupan, memiliki pegangan agama yang kuat, intim hubungannya dengan Allah S.W.T., dan baik hubungannya sesama manusia.

Justeru, buku ini mengupas tentang pembangunan modal insan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai panduan. Kandungannya sarat dengan panduan daripada wahyu al-Quran, diperkuatkan dengan huraian hadis, dan pandangan daripada para sarjana Islam yang berwibawa. Kupasan buku ini menyentuh pembangunan insan meliputi aspek pemikiran, ilmu pengetahuan, kepercayaan, kejiwaan, akhlak, sifat kepimpinan, dan amalan Qiam al-Lail.

Buku ini sesuai sebagai bacaan umum masyarakat dan sebagai panduan kepada pertubuhan dakwah, pertubuhan remaja dan belia, dan juga penggerak masyarakat yang memfokuskan agenda ke arah membina generasi muslim yang memiliki kualiti peribadi unggul, bertakwa, dan berwawasan.