Aplikasi Mudah Alih Untuk Komuniti
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Aplikasi Mudah Alih Untuk Komuniti
Author: Azura Ishak, Rohizah Abd Rahma & Ibrahi Mohamed
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518914
Weight: 0.463
Pages: 313pp
Year: 2022
Price: RM40.00
Buku Aplikasi Mudah Alih Untuk Komuniti merupakan hasil suntingan beberapa penulisan bagi penyeliaan Projek Tahun Akhir (PTA) beberapa orang tenaga pengajar di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bersama penulis dari Universiti Islam Selangor (UIS). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan lahirnya buku ini diharap dapat diguna dan dijadikan panduan kepada para pendidik, pelajar dan masyarakat umum berkenaan aplikasi sebegini.
Secara keseluruhannya, buku ini merupakan hasil daripada pembangunan aplikasi yang telah disiapkan oleh pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan bantuan pengajar. Buku ini khususnya adalah bertujuan membantu memudahkan pengguna mendapat manfaat hasil penggunaan aplikasi mudah alih khususnya dalam komuniti. Aplikasi mudah alih untuk komuniti yang ditonjolkan dalam bab buku ini adalah memfokus kepada pengurusan khidmat komuniti, kesihatan dan perniagaan yang dapat digunakan bagi semua lapisan masyarakat. Aplikasi mudah alih untuk komuniti juga dijangka membantu institusi masyarakat mendapat khidmat yang diperlukan menggunakan aplikasi mudah alih melalui telefon pintar masing-masing.