• 99698829
  • 99698830
  • 99698829
  • 99698830
1

Mualaf Lestari Multietnik Malaysia

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Mualaf Lestari Multietnik Malaysia

Editor: Khadijah Mohd Hambali & Nur Hidayah Mohd Puadzi
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881979
Weight: 
Pages: 
Year: 2021
Price: RM60

Pengalaman mualaf yang melalui tiga fasa kehidupan yang berbeza, sebelum, semasa dan selepas memeluk Islam dilihat penting untuk dijadikan contoh bagi memperteguhkan hubungan antara umat beragama, khususnya dalam masyarakat Malaysia. Dilema yang dihadapi apabila berhadapan dengan keluarga asal mualaf yang bukan Islam dan hubungan persaudaraan seislam telah memberi transformasi kepada sikap mualaf ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan bertoleransi tinggi untuk mencapai keharmonian dan keamanan dalam perhubungan antara dua pihak ini. Justeru, keperibadian mualaf seperti ini amat diperlukan dalam membentuk modal insan masyarakat multi etnik, budaya dan agama di Malaysia.

Buku ini mengupas tema utama berkisar perihal masyarakat mualaf yang kurang ditonjolkan dan dibicarakan dalam wacana ilmiah. Ia menyajikan pandangan ahli akademik yang berkemahiran dalam hal ehwal mualaf, wakil NGO yang terlibat secara langsung dengan komuniti mualaf dan pengalaman bernilai mualaf sendiri. Perbincangan yang merangkumi aspek sosial, pendidikan, kebajikan, kebudayaan dan perundangan dikupas secara ilmiah namun santai bagi memberikan pengalaman pembacaan yang menarik dan mengujakan.

Justeru, buku ini memberi manfaat ilmu khususnya kepada pihak berwajib dalam pengurusan mualaf seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Perpaduan dan seluruh masyarakat multi etnik, budaya dan agama dalam usahamemperteguhkan hubungan antara umat beragama. Tuntasnya, buku ini mengupas kelestarian masyarakat mualaf sebagai modal insan yang bersama-sama masyarakat multi etnik, budaya dan agama dalam ‘uruf Malaysia memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.