• 99698331
  • 99698332
  • 99698331
  • 99698332
1

Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam

Regular price
RM 41.00
Sale price
RM 41.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam

Author: Hailani Muji Tahir, Sanep Ahmad
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673053292
Weight: 0.57 kg
Pages: 379pp
Year: 2009
Price: RM41

Buku ini membincangkan pengaplikasian prinsip syariah dalam sistem kewangan islam. Perbahasannya cuba memberi pendedahan bagaimana sesuatu kontrak tertentu dalam islam boleh diaplikasikan ke dalam amalan sebenar sistem kewangan Islam. Buku ini mengguna pendekatan yang mudah sebagai asas pemahaman pengaplikasian prinsip syariah. Kandungan buku ini adalah menyeluruh dan merangkumi semua prinsip syariah yang utama dalam muamalat maliyyah. Untuk memenuhi tujuan ini maka buku ini terbahagi kepada 6 bahagian utama yang terdiri daripada 22 bab. Bahagian 1, 2 dan 3 membincangkan pengaplikasiannya dalam sistem kewangan islam. Buku ini dapat difahami oleh semua lapisan pembaca dan amat bermanfaat sama ada bagi golongan profesional, pengajar, pelajar atau orang awam. Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mempelajari pengaplikasian sistem kewangan islam maka amat disyorkan untuk membaca buku ini.

Prof. Madya Dato' Haji Hailani Muji Tahir berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan malaysia sejak 1980. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dan ijazah Sarjana Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan ijazah Ph.D bidang Ekonomi dan Kewangan Islam Perbandingan daripada Aberdeen University, Scotland. Tumpuan bidang penulisan dan penyelidikan beliau ialah fiqh muamalat, ekonomi dan kewangan Islam. Beliau juga menjadi anggota bagi Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat bagi beberapa institusi kewangan islam di malaysia. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) daripada Sultan Selangor pada 1999 dan Darjah DSIS yang membawa gelaran Dato' pada Disember 2008.

Prof. Madya Dr Sanep Ahmad berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1981. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi daripada Universiti Malaya, ijazah Sarjana Ekonomi daripada University of Manchester, England dan Ijazah Ph.D dalam bidang Ekonomi Islam daripada International Islamic University, Islamabad, Pakistan. Tumpuan bidang penulisan dan penyelidikan beliau ialah kewangan dan perbankan Islam.