• 99698006
  • 99698007
  • 99698006
  • 99698007
1

Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia

Regular price
RM 31.00
Sale price
RM 31.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia

Editor: Jabil Mapjabil, Mazdi Marzuki, Zikri Muhammad
Publisher: Penerbit UTHM
ISBN: 9789670468877
Weight: 0.3 kg
Pages: 190
Year: 2014
Price: RM 31

Buku Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia ini menghimpunkan sembilan artikel yang dapat diteliti dalam tiga sub tema, iaitu implikasi pembandaran, meliputi isu transformasi pekan kecil menjadi petempatan bandar, kesan penyusutan pemilikan tanah komuniti Melayu terhadap petempatan bandar serta perbezaan skala tahap kepuasan hidup dalam kalangan komuniti di petempatan bandar dan pinggir bandar. Sub tema kedua ialah isu petempatan dalam bandar yang merujuk kepada kes perkampungan dalam bandar, penempatan semula setinggan di bandar dan strategi wanita setinggan dalam mengatasi kemiskinan di petempatan bandar. Sub tema terakhir ialah isu perumahan di bandar dengan meneliti kes pelaksanaan konsep perumahan honeycomb dan perumahan komuniti berpagar.

Sejajar dengan kepesatan pembangunan bandar di Malaysia, kajian terhadap dinamika bandar mendapat perhatian daripada penyelidik dari pelbagai institusi seperti institusi pengajian tinggi, konsultan, kerajaan tempatan, badan bukan kerajaan dan swasta. Hasil penyelidikan tentang isu-isu petempatan bandar sama ada dalam bentuk kertas kerja, jurnal, rencana di majalah dan akhbar tempatan sering dirujuk oleh penyelidik tempatan dan luar negara, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah termasuk pelajar sekolah. Namun, tidak banyak hasil penerbitan tentang petempatan bandar dalam bentuk karya suntingan. Untuk itu, buku Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia ini amat relevan sebagai sumber rujukan khususnya dalam konteks implikasi pembandaran, petempatan dalam bandar serta konsep perumahan di bandar.