• 99697380
  • 99697381
  • 99697380
  • 99697381
1

Kepentingan Objektif Pendidikan Program dalam Pengurusan Akademik Prasiswazah

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kepentingan Objektif Pendidikan Program dalam Pengurusan Akademik Prasiswazah

Author: Abdul Rahman Yusof, Iszan Hana Kaharudin & Mohd Syuhaimi Ab Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 978672514435
Weight: 
Pages: 186
Year: 2021
Price: RM35

Buku ini membincangkan tentang model pengurusan akademik berasaskan PEO PEO merupakan satu pernyataan yang menyasarkan satu hasrat yang dicapai melalui satu proses yang menyeluruh Pernyataan ini memberikan banyak kepentingan antaranya capaian misi dan visi, indikator penilaian keberkesanan program, penghubung kepada pihak industri, melahirkan graduan holistik, memantapkan sistem pengurusan akademik dan meningkatkan kedudukan universiti. Institusi pengajian tinggi di Malaysia berperanan melahirkan para graduan yang memiliki cin atribut yang bersesuaian dengan kehendak dan pasaran pekerjaan semasa. Namun hakikatnya, ramai para graduan yang dilahirkan pihak institusi menghadapi pelbagai masalah untuk memenuhi tuntutan dan harapan besar pemegang taruh.

Buku ini dihasilkan bertujuan untuk membangunkan satu model sistem pengurusan akademik yang mantap bagi program kejuruteraan. Kaedah campuran digunakan dalam buku ini melibatkan perbandingan Objektif Pendidikan Program (PEO) antara institusi pengajian, penilaian kompetensi melalui Hasil Program (PO) dan proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQD) bagi memenuhi tuntutan pemegang taruh. Model yang dinamakan Tonggak dan Palanca ini terdiri daripada empat (4) struktur utama iaitu kurikulum, ko-kurikulum pengurusan dan kompetensi. Struktur ini merupakan perancangan strategik bagi membantu merealisasikan pencapaian program dan juga elemen pengukuhan kelestarian model yan dibangunkan. Peningkatan kualiti serta pemantapan atribut graduan ditunjukkan melalu perlaksanaan menggunakan model ini.