• 99696972
  • 99696973
  • 99696972
  • 99696973
1

Ratib Bahasa

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Ratib Bahasa

Author: Mohd Tarmizi Hasrah
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834933524
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM27

Bahasa sesungguhnya kurniaan Tuhan yang istimewa kepada manusia, Dengannya, kita berupaya melakukan segala-galanya; tanpanya kita bungkam, tidak berdaya melakukan apa-apa pun. Hal ini ialah fakta asas bahasa manusia Kumpulan rencana yang dihimpunkan dalam buku ini ialah usaha sederhana penulis untuk bergulat dengan persoalan bahasa dan hubungannya dengan manusia yang secara khusus berpangkal pada hajat untuk menonjolkan keunikan bahasa manusia. Walaupun kumpulan rencana ini boleh berdiri sendiri, tetapi diikat oleh satu wawasan yakni bahasa bukanlah sekadar bunyi dan sistem nahu, sebaliknya lebih dalam dan lebih luas daripada rupa bentuk batin dan zahir yang sekadar berupa rumus-rumus tatabahasa. Bahasa ialah satu keseluruhan wujudnya manusia. Maksudnya, bahasa perlu dilihat dengan nuansa yang lebih luas yang berdamping dengan kewujudan manusia. Maka bahasa perlu digandingkan dengan manusia sebagai penuturnya dan alam (nyata dan ghaib) sebagai perwakilan maknanya menerusi hubungan tiga serangkai manusia-bahasa-alam. Hubungan manusia-bahasa-alam melahirkan wawasan tentang wujud dan kewujudan, dan di sinilah lahirnya kebenaran yang merujuk hakikat kenyataan. Soalnya, adakah kebenaran yang kita mahukan menerusi wawasan manusia-bahasa-alam itu akhirnya terlekat juga pada jeriji linguistik atau memang merupakan kebenaran yang hakiki? Inilah persoalan utama kumpulan rencana ini.