Inklusiviti Gender Isu dan Cabaran
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Inklusiviti Gender Isu dan Cabaran
Author: Norizan Abdul Razak, Jalaluddin Abdul Malek & Ely Salwana Mat Surin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516187
Weight:
Pages: 240
Year: 2021
Price: RM45
Isu dan cabaran inklusiviti gender selalunya ditakrifkan mengikut parameter World Economic Forum (WEF) dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi, dan juga kepimpinan. Buku ini membincangkan isu-isu berkaitan dan memberi pandangan baharu bahawa indeks keterangkuman gender perlulah dinilai dari aspek keharmonian keluarga dan kesejahteraan bersama. Penilaian perlu juga meliputi tuntutan agama, budaya, adat resam, dan juga persekitaran sosial di Malaysia. Terdapat dua bahagian dalam buku ini yang mana bahagian pertama membincangkan isu kesaksamaan gender, peranan NGO, kefahaman gender dalam kalangan pekerja awam, kepimpinan, ibu tunggal dan juga kahwin muda. Bahagian kedua pula membincangkan faktor halangan dan hala tuju pemerkasaan dalam ekonomi di mana penglibatan wanita adalah amat kurang. Untuk membantu wanita dalam sektor ekonomi, negara memerlukan strategi untuk melibatkan sektor perniagaan formal dan informal serta platform perniagaan dalam talian untuk mereka mendepani revolusi industri 4.0 dan pandemik COVID-19. Disarankan pelajar penyelidik dari bidang sains sosial, pemimpin masyarakat, aktivis dan penggubal dasar untuk merujuk buku ini dalam mencapai kesaksamaan gender acuan Malaysia.