• 1
1

Meminta Doa daripada Orang Mati: Kajian daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 32.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Meminta Doa daripada Orang Mati: Kajian daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah

Author: Dr. Muḥammad bin ʿAbd Allāh al-Khuḍayrī
Translator: Abdullah Izzat Tengku Sidek
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
Format: Paperback
ISBN: 9789672910671
Pages: 248p
Weight: 500g
Year: 
Price: RM 32

Isu meminta doa daripada orang yang telah meninggal dunia bukanlah suatu isu yang baharu, namun ia kembali hangat diperdebatkan di media sosial dan di meja-meja penceramah pada masa kini. Terdapat segelintir pihak yang membawa pelbagai kekeliruan dengan mendakwa perbuatan ini dibolehkan, menyamakannya dengan amalan meminta doa daripada orang hidup, atau mendakwa ia sekadar tawasul yang tidak jatuh ke tahap syirik.

Buku 
“Meminta Doa daripada Orang Mati: Kajian daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah” karya Dr. Muḥammad bin ʿAbd Allāh al-Khuḍayrī terbitan Karya PiS ini, hadir tepat pada masanya sebagai sebuah naskhah khusus dalam merungkai polemik ini. Penulis tidak mengambil pendekatan simplistik dengan hanya menolak atau menerima sesuatu pandangan, sebaliknya beliau membedah struktur hujah dengan menghuraikan faktor-faktor penentu hukum (manāṭāt) yang menjadi asas perbahasan, seperti matlamat ziarah kubur, isu pendengaran orang mati, dan hakikat permohonan syafaat.